Jumaat, 15 Julai 2011

Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)

Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah kepada beberapa bahagian:



  1. Taubat. Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya secara bersungguh.
  2. Takut akan Allah s.w.t. Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya.
  3. Mahabah. Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.
  4. Zuhud. Kehidupan insan Mukmin yang mengekangkan jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
  5. Sabar. Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
  6. Syukur. Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
  7. Ikhlas dan Benar. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
  8. Tawakal. Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.
  9. Redha dengan Qadak Allah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.
  10. Mengingati Mati. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

Tiada ulasan: