Selasa, 12 Julai 2011

Doa Dipohon Ada Waktunya

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKu."
(Surah Al-Baqarah 2:186)


Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa:
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
  • Selepas setiap solat fardu lima waktu.
  • Antara solat zuhur, asar dan maghrib.
  • Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
  • Ketika bangun dari tidur.
  • Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Antara takbir solat hari raya.
  • Dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
  • Ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi.
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
  • Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain.
  • setiap kali mengadakan majlis dan upacara yang yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  • Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
  • Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang sudah lama berpisah.
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
  • Sepanjang malam, terutama sepertiga malam yang akhir dan waktu bersahur.
  • Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
  • Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.