Sabtu, 30 Julai 2011

Wahai Sahabatku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku, Periharalah Rasa Cinta Itu... 
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
  
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
  
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Apa itu Taqwa

Hari ni semasa saya pergi sembahyang Jumaat, Kutbah Jumaat menceritakan tentang taqwa, jadi saya ingin berkongsi dengan pembaca semua, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa... Bulan Ramadhan makin menghampiri tak lama lagi, jadi samalah kita mendidik diri kita di dalam bulan Ramadhan ini semoga ia berkekalan sampai bila-bila... Insya'Allah.

            Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita mendidik diri kita melaksanakan ibadah puasa dengan sungguh-sungguh dengan matlamat akhir kita dihujungnya mendapatkan takwa disisi Allah SWT. Justru itu perlunya kita memahami apakah yang dikatakan takwa itu. Dari kata-kata Umar bin Abdul Aziz...
"Bukanlah takwa  itu melakukan solat malam, puasa di waktu siang, dan menggabungkan kedua-duanya, tetapi takwa itu ialah melaksanakan apa yang difardhukan oleh Allah dan meninggalkan apa yang diharamkanNya. Jika disertai amal, maka hal itu adalah kebaikan kepada kebaikan."

            Suatu hari Saiyidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai b. Kaab akan takwa, "Apakah yang di maksudkan tentang takwa ,ya Ubai." Kata Ubai," Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?"  Jawab Umar, "Ya , saya pernah." Kata Ubai, " Apakah yang engkau buat?"  Kata Umar, "Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah." Kata Ubai, " Itulah takwa".

            Jadi takwa itu adalah satu bentuk pengawasan diri terhadap perkara-perkara yang diperintahkan dan di larang oleh Allah SWT. Untuk sampai ke peringkat ini, seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar ajaran islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Tanpa melalui jalan ini hakikat takwa tidak mampu dicapai kerana kejahilannya tentang islam akan menyebabkan ia tergelincir kedalam perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Dia tidak mengambil nilai Allah dalam kehidupannya. Jadi untuk itu imanpada Allah mesti ditanam dalam jiwa insan terlebih dulu, justru itu ia akan dapat melaksanakantuntutan Allah dalam dirinya dengan mudah, insyaAllah.

            Takwa juga adalah neraca yang dapat membezakan antara baik dan buruk, hak dan batil.Orang-orang yang bertakwa kepada Allah akan dimurahkan rezeki, dibuka atau diberi jalan keluar akan segala kesusahan oleh Allah dan menyebabkan pintu syurga Allah terbuka luas untuknya.

            Apabila sesaorang insan itu takutkan Allah, ia akan melahirkan takwa padaNya. Ketakutan kitapadaNya menyebabkan kita mematuhi dan mendampingi Allah SWT dalam semua urusan.Orang yang paling takut pada Allah adalah orang yang mengenali Allah. Dan Rasulullah adalah orang yang paling mengenali dan paling takut pada Allah.   

            Apabila sesaorang itu takutkan Allah, maksiat dihindari, hatinya berjaga-jaga selalu,takuttergelincir dari landasan yang telah di tetapkan Allah  dan Allah mencampakkan dalam jiwa orang yang bertakwa ini  rasa berani dan izzah (mulia) dengan iman dan islam yang di anuti. Dia menyakini islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari islam. Itulah hakikat jiwa yangbertakwa yang rasa mulia dan tinggi kerana membawa risalah Allah dalam kehidupan. Dia tidak segan silu dalam memperkatakan kebenaran. Dan Allah juga mencampakkan rasatakut musuh-musuh Allah kepadanya.  

            Sabda Rasulullah , "  Sesiapa yang takut pada Allah, maka semua yang lain akan takut padanya. Tapi sesiapa yang takut pada selain Allah,  maka dia akan takut kepada selain Allah."

            Takutnya seseorang pada Allah akan menyebabkan dia dapat mengawal nafsu syahwatnya dan meninggalkan maksiat keranaNya. Akhlaknya dapat di perbaiki, sifat-sifat mazmumah dalam diri dapat di hilangkan seperti ujub, riya, takabbur.......dan lahirlah dalam dirinya rasakhusyu dan tawadhu'.........Hatinya jadi bersih dan suci, jiwanya luhur, dan matanya mudah mengalirkan airmata, dan tangannya jadi pemurah....!!

            Rasulullah saw pernah memohon dalam doanya tentang mata yang mudah menangis kerana Allah.

            "  Ya Allah kurniakanlah kepadaku   kedua mata yang mudah mengeluarkan airmata, yangmana lelehan airmata itu adalah kerana takut padaMu sebelum lelehan darah."
Ini adalah kerana diharamkan neraka menjamah mata orang yang selalu menangis kerana Allah!

            Orang yang takut pada Allah sentiasa sedar,bahawa Allah sentiasa memerhatikannya,tiada tempat yang terselindung dari pengawasan dan penglihatan Allah!! Dia tidak rasa selamat dan aman dari azab dan tindakan Allah pada dirinya jika dia melakukan maksiat padaNya........tapi bila jiwa tiada iman pada Allah, maka tiada takut padaNya......ketika itu syaitanlah sahabat karibnya .....maka tergelincirlah diri ke kancah maksiat!

             Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf (36) yang bermaksud...............
            " Barangsiapa yang tidak ingat pada Ar-Rahman (Allah), maka Kami akan adakan baginya syaitan, maka syaitan itu sebagai teman karibnya."

            Jadi kita sebenarnya di tuntut untuk memelihara takwa ini dalam diri kita kerana takwa inidapat menjaga kita...  Wasiat Rasulullah kepada Abu Dzar Al Ghifari yang meminta nasihat Rasulullah...
             Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah , sesungguhnya dia(takwa) adalah segala-galanya."
Kemudian Abu Dzar meminta sedikit lagi nasihat dari baginda....
            Jawab Rasulullah saw, " Hendaklah kamu membaca Al Quran. Sesungguhnya ia (membaca Al Quran) itu adalah cahaya di dunia dan simpanan di akhirat."    
            Sahabat- sahabat Rasulullah saw sangat-sangat mengambil berat tentang membaca Al Quran terutama di bulan Ramadhan, rumah mereka kedengaran seperti bunyi lebah kerana membaca Al-Quran.  Tentang membaca Al-Quran, Ibnu Taimiyah ada menegaskan......
"Sesiapa yang tidak membaca Al-Quran, bermakna dia meninggalkan Al-Quran, Sesiapayang membaca tanpa tadabbur, bermakna dia hijrah meninggalkan Al-Quran. Dan sesiapa tadabbur tanpa mengamalkan Al-Quran, bermakna di juga hijrah meninggalkan Al-Quran."

Jadi ilmu, iman dan amal dalam islam perlu berjalan serentak dalam kehidupan kita......dengan ini kita dapat melaksanakan tuntutan Allah dalam diri kita sebagai  hamba Allah...Kita dijadikan oleh Allah bukanlah sia-sia dan untuk main-main belaka tapi hanya untuk ubudiahpadaNya.....dengan itu kita akan mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat......Matlamatakhir kita bukan dunia yang fana ini....jadi kita kenalah bermujahadah untuk akhirat yang kekal abadi....

Kesusahan yang sedikit yang kita alami didunia ini tidak dapat dibandingkan dengan kesusahan besar di akhirat nanti!