" Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKu."
(Surah Al-Baqarah 2:186)
Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa:
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
- Selepas setiap solat fardu lima waktu.
- Antara solat zuhur, asar dan maghrib.
- Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
- Ketika bangun dari tidur.
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Antara takbir solat hari raya.
- Dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
- Ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain.
- setiap kali mengadakan majlis dan upacara yang yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
- Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang sudah lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- Sepanjang malam, terutama sepertiga malam yang akhir dan waktu bersahur.
- Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
- Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan