Ahad, 10 Julai 2011

Ikhlas Membantu Kau yang Bernama Sahabat

YA ALLAH,
LAPANGKANLAH DADAKU 
AKU IKHLAS MEMBATU SAHABATKU

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya didunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalanya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya."
(Riwayat Muslim dan Al-Tirmizi)
Renungan untuk diriku yang mudah lupa

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus untuk setiap org, dan mengingatkan sesiapa yg membaca. Insya'Allah....